Asrama pekerja asing terbakar

Gambar tular kebakaran di premis tingkat tiga yang dijadikan asrama pekerja asing di Taman Serdang Utama hari ini.
Gambar tular kebakaran di premis tingkat tiga yang dijadikan asrama pekerja asing di Taman Serdang Utama hari ini.
A
A
A

SERDANG - Sebuah premis di tingkat tiga di Taman Serdang Utama yang dijadikan asrama pekerja asing terbakar tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.50 pagi sebelum jentera terawal tiba 17 minit kemudian.

Menurutnya, dianggarkan 90 peratus premis berkelulusan 160 kaki persegi itu musnah dalam kebakaran.

"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Bangi, Bandar Tun Hussein Onn serta Seksyen 7 Petaling Jaya berjaya mengawal api dari merebak ke unit lain," katanya.

Katanya, operasi masih diteruskan dan tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: