Kastam bongkar taktik sindiket edar dadah

Taktik sindiket menyembunyikan dadah bernilai RM2.45 juta dalam perut ikan patin untuk dieksport ke luar negara terbongkar dalam operasi di Zon Perdagangan Bebas KLIA pada 15 Mac lalu.
Taktik sindiket menyembunyikan dadah bernilai RM2.45 juta dalam perut ikan patin untuk dieksport ke luar negara terbongkar dalam operasi di Zon Perdagangan Bebas KLIA pada 15 Mac lalu.
A
A
A

Pelbagai kaedah sanggup dilakukan sindiket dadah untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.

Bagaimanapun, kelicikan mereka boleh ‘dihidu’ pihak berkuasa sekali gus menyukarkan operasi sindiket berkenaan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya membongkar pelbagai taktik yang dilakukan penyeludup.

Abdul Latif Abdul Kadir
Abdul Latif Abdul Kadir

Menurutnya, sebagai contoh taktik sindiket yang dibongkar di lapangan terbang dengan terdapat dua kaedah yang dikesan iaitu melalui penumpang dan kargo.

“Melalui penumpang, mereka menyembunyikan dadah dalam bagasi selain body pack. Modus operandi ini tidak banyak berubah cuma kaedahnya sahaja diperbaharui.

“Melalui kargo pula, penyeludup memilih beberapa sahaja daripada ratusan barang untuk menyembunyikan dadah bagi mengelakkan dikesan. Mereka sanggup menggunakan apa sahaja taktik untuk menyeludup malah kita pernah menemui dadah dalam kentang yang dipotong,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Dadah yang dirampas diletakkan dalam set pinggan mangkuk yang cuba dibawa masuk daripada luar negara.
Dadah yang dirampas diletakkan dalam set pinggan mangkuk yang cuba dibawa masuk daripada luar negara.

Abdul Latif berkata, kastam juga pernah membongkar modus operandi sindiket yang menyembunyikan dadah di dalam unit pemprosesan komputer (CPU).

Katanya, kaedah paling popular kini ialah penggunaan pembungkus teh iaitu dengan membungkus dadah dengan berat sama bagi mengelakkan disyaki pihak berkuasa.

“Kastam pernah mengesan taktik popular pada tahun 2000 iaitu menggunakan tuala lembap yang dibawa penyeludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Tuala lembap itu akan dikeringkan untuk mendapatkan serbuk morfin manakala yang basah itu air morfin. Jika dilihat dengan mata kasar mungkin itu hanya seperti tuala basah biasa sahaja,” ujarnya.

Abdul Latif turut berkongsi taktik penjenayah berkenaan yang menggunakan kargo untuk menyeludup bahan terlarang itu dalam kuantiti yang besar.

Bungkusan yang mengandungi dadah cuba diseludup melalui mel lapangan terbang.
Bungkusan yang mengandungi dadah cuba diseludup melalui mel lapangan terbang.

Jelasnya, kargo akan diisytiharkan sebagai barangan lain yang sah tetapi apabila diperiksa kandungannya ialah dadah.

“Penguat kuasa kastam pernah menumpaskan satu sindiket tahun lalu melalui penemuan dadah disembunyikan di dalam tetulang kargo di sebuah premis di Gombak membabitkan kontena yang masuk melalui Pelabuhan Klang, Selangor.

“Sebanyak enam kontena disembunyikan dadah seberat 84 kilogram dan modus operandi sindiket dadah yang menggunakan kargo kebanyakannya dari luar negara. Taktik lain yang dikesan ialah memasukkan dadah dalam minuman serta pewangi,” katanya.

Mengenai pengedaran dadah menggunakan parcel, beliau berkata, sindiket akan menggunakan alamat dan nama palsu dan apabila disemak, tiada rekod berkenaan perkara itu.

“Jadi, kita juga akan berbincang dengan syarikat kurier untuk tangani isu ini. Lebih 100 syarikat kurier akan bersama kastam untuk membincangkan dan mendedahkan seriusnya masalah dadah,” katanya.