X

Kindly register in order to view this article
!

Anak lembu suka makan roti canai

Jaluk (kiri) menikmati buah durian yang diberikan oleh Mutalib berbanding Teh (dua kiri) yang enggan memakannya.
A
A

POKOK SENA - Gelagat seekor lembu yang dinamakan Tam dan pernah mendapat perhatian masyarakat dan media dua tahun lalu kerana suka makan roti canai dan minum air kopi rupanya menjadi ikutan kepada anaknya, Jaluk yang berusia 6 bulan.

Pemiliknya, Mutalib Chin, 56, berkata, perangai Jaluk tidak ubah seperti ibunya yang akan datang ke halaman rumah pada setiap petang dan mereka sekeluarga sudah faham kehendak anak lembu jantan tersebut.

Menurutnya, Jaluk mula menyukai roti canai dan air kopi selepas mengikut ibunya ke laman rumah dan mereka terhibur dengan gelagat dua ekor lembu itu.

“Jaluk anak kedua Tam. Anak pertama Tam diberi nama Teh dan berusia hampir 2 tahun namun langsung tidak ‘menurun’ perangai ibunya. Sebaliknya ciri-ciri dan perangai yang ada pada Jaluk kini hampir sama ditunjukkan oleh Tam ketika kecil.

“Kami sekeluarga sayang lembu-lembu ini. Mereka seolah-olah faham apa yang diarahkan oleh kami dan selalu bermain dengan anak-anak saya pada sebelah petang,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 14, Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena di sini kelmarin.

Tam yang kini mempunyai dua ekor anak masih meminati roti canai.
Tam yang kini mempunyai dua ekor anak masih meminati roti canai.

Bagaimanapun Mutalib berkata, Jaluk lebih menggemari air coklat berbanding air kopi.

“Saya cuba memberinya air coklat dan Jaluk terus menikmatinya sehinggalah kini dia tidak minum lagi kopi.

“Saya juga akan membawa Jaluk ke padang rumput supaya dapat membiasakan diri untuk makan rumput seperti lembu yang lain,” katanya lagi.

Tambahnya, antara makanan yang kini turut menjadi kegemaran Tam dan Jaluk ialah rambutan dan durian.

Sebelum ini pada 18 Oktober 2018, Sinar Harian melaporkan seekor lembu di Kampung Batu 14 dekat sini menjadikan biskut, roti canai dan air kopi sebagai makanan hariannya pada setiap petang sejak setahun lalu.

Laporan Sinar Harian pada 18 Oktober 2018.
Laporan Sinar Harian pada 18 Oktober 2018.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!