Mural gergasi frontliner terus jadi tumpuan

Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar berlatar belakang mural frontliner. Foto Instagram Makan Herritage.
Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar berlatar belakang mural frontliner. Foto Instagram Makan Herritage.
A
A
A

MASIH ingatkan kita kejadian karya potret mural gergasi pemimpin negara diconteng dengan kata-kata tidak sepatutnya dalam kejadian pada 20 Julai lalu oleh individu tidak bertanggung jawab?

Perbuatan vendalisma itu telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila potret mural pemimpin negara pada dinding sebuah bangunan kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam itu terpaksa dipadam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Lebih mengujakan apabila mural gergasi hasil seni tiga anak muda itu telah menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli melihat sendiri lukisan berkenaan.

Bagaimanapun, bagi tidak mematahkan semangan tiga anak mudah ini, pemilik Restoran Makan Heritage Kota Damansara, Mohd Fairuz Yusoff mengambil inisiatif sama untuk melahirkan penghargaan mereka kepada petugas barisan hadapan mendepani pandemik Covid-19 di negara kita.

MOHD FAIRUZ YUSOFF
MOHD FAIRUZ YUSOFF

“Kami mengambil keputusan untuk menggunakan tiga anak muda ini bagi melakarkan potret gergasi fronliner di restoran kami.

Artikel Berkaitan:

“Ini adalah tanda penghargaan kami kepada mereka yang bertungkus-lumus memastikan rakyat semua selamat daripada wabak merbahaya ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut Mohd Fairuz berkata, mereka hanya memberikan konsep asas mural iaitu menghargai petugas barisan hadapan dan kenegaraan kepada Muhammad Suhaimi Ali, 27; Abdul Hadi Ramli, 27, dan Muhamad Firdaus Nordin, 26.

“Mereka kemudiannya mencadangkan kepada kami dengan mengambil watak sebenar petugas yang tular di media sosial.

“Cadangan berkenaan diterima kami dan lukisan yang bersaiz 1,000 kaki persegi berjaya disiapkan dalam masa seminggu kerana faktor cuaca hujan pada masa itu,” katanya yang bercadang membuka sebuah lagi rangkaian Restoran Makan Heritage di Rimbayu dalam masa terdekat ini.

Potret berkenaan memaparkan sepuluh individu dalam bidang pekerjaan yang berbeza iaitu petugas kesihatan, polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam dan penghantar makanan.

Jelas kelihatan adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noorhisham Abdullah.

Antara pengunjung yang merakamkan gambar kenangan bersama mural frontliner di Makan Herritage, Kota Damansara baru-baru ini.
Antara pengunjung yang merakamkan gambar kenangan bersama mural frontliner di Makan Herritage, Kota Damansara baru-baru ini.

Kata Mohd Fairuz, selepas gambar siap sepenuhnya, lokasi berkenaan menjadi tumpuan masyarakat untuk bergambar kenangan dengan petugas barisan hadapan negara.

“Kami berasa amat gembira dan puas kerana hasil lukisan anak muda ini terpahat dalam momen rakyat Malaysia.

“Ini sumbangan kami kepada negara dan masyarakat, mungkin kami bukan fronliner, tetapi kami bantu menggembirakan anda semua,” katanya ketika mengakhiri perbualan dengan kami.