Warga emas maut kereta terjunam parkir pangsapuri

Kereta jatuh dari ketinggian tiga tingkat selepas melanggar tembok di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul hari ini.
Kereta jatuh dari ketinggian tiga tingkat selepas melanggar tembok di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan itu jam 6.18 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Hafizan Hassan memaklumkan, kereta 4x4 jenis Toyota Land Cruiser itu dipandu mangsa berusia 63 tahun yang telah melanggar tembok sebelum jatuh terbalik di aras bawah.

"Mangsa yang berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang berada di lokasi kejadian. Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, " katanya.

Artikel Berkaitan: