Aktiviti perjudian tular maklumat lama: Ketua Polis Johor

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

SEGAMAT - Aktiviti perjudian di sebuah premis yang sudah lama beroperasi di daerah ini yang tular di media sosial sejak semalam adalah maklumat lama.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, maklumat yang disalurkan di laman Facebook itu adalah maklumat lama yang tular semula.

"Sejak tahun 2015 hingga 2020, sebanyak 15 serbuan sudah dijalankan ke atas premis terbabit dan tindakan diambil di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Polis Johor juga telah menjalankan operasi bersepadu bersama Tenaga Nasional Berhad ( TNB), di mana bekalan elektrik ke premis tersebut dipotong.

"Malah tindakan kompaun juga dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan ( PBT). Sehingga kini premis terbabit tidak lagi beroperasi termasuk perniagaan kopitiam," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Gambar terkini kedai yang tidak lagi beroperasi dan meter bekalan elektrik telah dicabut TNB.
Gambar terkini kedai yang tidak lagi beroperasi dan meter bekalan elektrik telah dicabut TNB.

Menurut Ayob Khan, polis Johor sentiasa mengambil pendekatan bersepadu bersama TNB dan PBT dalam memerangi aktiviti perjudian di negeri ini.

"Perlu diingatkan, apa yang ditularkan itu tidak semestinya benar. Polis sentiasa peka dengan sebarang maklumat yang disalurkan orang awam. Namun, pastikan maklumat yang disalurkan tidak mempunyai niat atau kepentingan lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya,polis Johor amat mengalu-alukan sebarang maklumat tetapi pada masa sama orang ramai diingatkan tidak menyalahgunakan media sosial dengan menyebarkan maklumat palsu yang boleh menggugat ketenteraman.

Terdahulu tular di media sosial, dakwaan kegiatan perjudian haram di sebuah premis di Segamat didakwa dibiarkan beroperasi biarpun aduan dibuat kepada pihak berkuasa.