Ayah hilang selepas ke kebun

Othman tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun pada jam 2.30 petang semalam.
Othman tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun pada jam 2.30 petang semalam.
A
A
A

KEMAMAN - Polis Kemaman melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Kehilangan Othman Daud, 79, dari Tanah Lot Kampung Pasir Gajah, di sini disedari anaknya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, anaknya melihat mangsa keluar dari rumah pada jam 2.30 petang semalam untuk ke kebun di Pasir Manggang.

"Namun bapanya tidak pulang lalu dia membuat laporan polis pada jam 8.18 pagi tadi dan gerakan mencari mangsa dilakukan," katanya hari ini.

Hanyan berkata, Balai Polis Pasir Gajah yang menerima maklumat awal kehilangan warga emas itu sudah menghantar anggota bagi mencari mangsa pada jam 9 malam tadi.

Bagaimanapun katanya, operasi terpaksa dihentikan tiga jam kemudian kerana hujan dan cuaca gelap.

"Operasi mencari dan menyelamat dimulakan semula pagi tadi dan pencarian dilakukan di dua lokasi iaitu sekitar kebun di Pasir Manggang dan sungai Kemaman," katanya.

Artikel Berkaitan: