Gabungan Islam kuat menerusi Muafakat Nasional

HANAFI
HANAFI
A
A
A
SHAH ALAM - Kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai sejak 14 September tahun lalu mampu mewujudkan satu gabungan umat Islam yang kuat dan perlu dipertahankan.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada polemik dan kecelaruan yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir negara.

"Kekuatan kesatuan pada zaman Rasulullah SAW berjaya meletakkan Piagam Madinah yang melonjakkan kepentingan Islam. Begitulah senario politik. Kesatuan umat Islam secara khusus ialah kuat dengan kerjasama menerusi MN," katanya menerusi Perutusan Maal Hijrah 1442H Ketua Pemuda Pas Selangor, hari ini.

Hanafi berkata, semua pihak perlu mengukuhkan persaudaraan dalam membina kesatuan ummah bagi membentuk kuasa politik Islam yang kuat.
Artikel Berkaitan: