Majlis isytihar pemimpin Amanah sertai Pas Selangor ditangguh

Semalam, Pas Selangor mendedahkan seorang pemimpin Amanah Selangor dijangka menyertai parti itu hari ini.
Semalam, Pas Selangor mendedahkan seorang pemimpin Amanah Selangor dijangka menyertai parti itu hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Teka-teki berhubung pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor yang dikatakan bakal menyertai Pas belum terjawab apabila Majlis Pengisytiharan Tokoh Amanah Kembali Menyertai Pas yang sepatutnya disiarkan secara live di Facebook TV Pas Selangor hari ini, ditangguhkan.

Setiausaha Pas Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menerusi satu kenyataan memaklumkan majlis terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan majlis penyerahan borang ahli Pas dari bekas aktivis parti Amanah pagi ini terpaksa ditangguh.

“Namun demikian Pas Selangor terus mengalu-alukan sebarang hasrat mana-mana ahli parti berkenaan yang ingin bersama atau kembali ke pangkuan Pas,” katanya menerusi kenyataan dikongsikan di grup WhatsApp Media Pas Selangor sebentar tadi.

Semalam, Pas Selangor mendedahkan seorang pemimpin Amanah Selangor dijangka menyertai parti itu.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, identiti pemimpin berkenaan tidak dapat didedahkan.

Menurutnya, pemimpin itu bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi merupakan salah seorang pemimpin Amanah dalam negeri ini.

Sejak semalam, tersebar desas-desus di media sosial enam Ahli Parlimen daripada Amanah yang dikatakan bakal melompat ke Muafakat Nasional (MN).

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar dikatakan akan membuat kupasan berhubung isu itu di media sosialnya jam 2.30 petang nanti.