Syria, Hizbullah tidak terlibat pembunuhan bekas PM Lubnan

Lokasi letupan yang meragut nyawa Hariri (gambar kecil) di Beirut pada 14 Februari 2005. - Foto: Agensi Gambar kecil: Rafik Al-Hariri
Lokasi letupan yang meragut nyawa Hariri (gambar kecil) di Beirut pada 14 Februari 2005. - Foto: Agensi Gambar kecil: Rafik Al-Hariri
A
A
A

LEIDSCHENDAM - Defendan utama dalam perbicaraan empat lelaki yang didakwa terlibat dengan konspirasi untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Rafik Al-Hariri didakwa sebagai anggota gerakan Hizbullah dan menggunakan telefon bimbit dalam serangan itu, menurut hakim di tribunal disokong PBB hari ini.

Panel hakim tersebut juga menyatakan mereka berpuas hati tanpa keraguan munasabah terhadap bukti menunjukkan Salim Jamil Ayyash memiliki salah satu daripada enam telefon bimbit digunakan pasukan terbabit pembunuhan tersebut.

"Bukti itu juga menunjukkan Ayyash adalah anggota Hizbullah," kata Hakim Micheline Braidy ketika membacakan ringkasan keputusan setebal 2,600 muka surat tersebut.

Tiga defendan lain juga dipercayai sebagai anggota gerakan Hizbullah.

Hakim terbabit bagaimanapun memberitahu tiada bukti menunjukkan kepimpinan Hizbullah atau rejim Syria memainkan peranan dalam serangan bom bunuh diri tersebut.

Sebelum ini, Hizbullah menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden pengeboman pada 14 Februari 2005 itu.

Hariri dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat, negara Barat dan sekutu negara Teluk serta dilihat sebagai ancaman kepada pengaruh Teheran dan Damsyik di Beirut.

Bilionair sunni tersebut turut memimpin usaha untuk membina semula Lubnan selepas perang saudara 1975-1990.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin Syria dan Hizbullah mempunyai motif untuk menyingkirkan Hariri dan sekutu politiknya. Namun, tiada bukti menunjukkan penglibatan kedua-duanya dalam pembunuhan tersebut," kata Hakim David Re.

Kejadian pengeboman dahsyat itu mengorbankan Hariri bersama 21 individu lain hingga mencetuskan protes mega yang mengusir pasukan tentera Syria selepas tiga dekad. - Agensi