Popular kerana 'perut buncit'

Bryan (sebelum) mengalami berat badan obesiti. Gambar kanan: Bryan mengalami berat badan obesiti dan perut buncitnya menarik perhatian ramai.
Bryan (sebelum) mengalami berat badan obesiti. Gambar kanan: Bryan mengalami berat badan obesiti dan perut buncitnya menarik perhatian ramai.
A
A
A

PALM BEACH - Seorang lelaki dari Palm Beach, Florida, bernama Bryan popular di laman sosial setelah sengaja mengambil jumlah beribu kalori sehari untuk menambah berat badan.

Lelaki berusia 44 tahun dikenali Gainer Bull itu mula menambah berat badannya sejak 20 tahun lalu dan perutnya mula membesar dan buncit, lapor Daily Mail.

Katanya, dia mula berasa teruja kerana melihat berat badannya naik dan tubuhnya berisi.

Bryan juga seorang 'influencer' di Instagram telah makan empat kali sehari dan menetapkan 10,000 kalori setiap hari.

"Saya telah makan dalam kuantiti yang banyak namun sejak akhir ini pengikut di Instagram mengatakan saya perlu makan lebih lagi.

"Untuk berasa kenyang, saya mengambil tiga hidangan kombo bersaiz besar dan kini berat badan berjumlah 226 kilogram," katanya.

Bagaimanapun, Bryan mengalami beberapa kesan sampingan seperti sukar untuk mencari seluar dan pakaian dengan ukuran saiz 3XL.

Dia juga bimbang kenaikan berat badan yang melampau akan mempengaruhi kesihatannya dan mula mengambil makanan seimbang dengan mengutamakan sayuran.

Artikel Berkaitan:

Bryan juga menjana pendapatan menerusi laman sesawang OnlyFans dengan mengenakan bayaran yuran bulanan sebanyak AS$20 (RM84) bagi mereka yang mahu mengikuti perkembangannya.