KOM catur strategi


Khairul Hafiz memenangi pingat emas acara 100m pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Khairul Hafiz memenangi pingat emas acara 100m pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
A
A
A

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) merancang untuk menempatkan secara berpusat semua atlet pecut elit kebangsaan di bawah kendalian pengarah teknikalnya, Dwayne Miller di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Keputusan itu bakal menyaksikan dua pemenang pingat emas acara 100 meter Sukan SEA - Khairul Hafiz Jantan (KL 2017) dan Muhammad Haiqal Hanafi (Filipina 2019) berjauhan daripada jurulatih mereka, Mohd Poad Md Kassim yang mengajar di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor.

Timbalan Presiden KOM, Datuk Mumtaz Jaafar berkata, pihaknya sudah memulakan perbincangan dengan barisan atlet dan jurulatih yang terlibat dengan proses perpindahan dijangka selesai dalam masa dua minggu.

"Kita mahu atlet elit berlatih di bawah Miller seperti ditetapkan sebelum ini. Beliau mempunyai kepakaran dan kita juga membayar gaji yang tinggi kepadanya, malah beliau juga bersedia untuk melatih lebih banyak atlet.

"Kita akan bincang dengan Poad kerana mahu situasi menang-menang, tak nak rampas atlet. Secara peribadi saya berharap mereka dapat turun berlatih di Bukit Jalil supaya dapat berlatih sebagai satu pasukan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa kerja bersama wakil Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) semalam.

Selain Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal, pelari pecut elit Malaysia yang lain sedang mengikuti latihan di Bukit Jalil di bawah kendalian Miller dengan dibantu jurulatih kebangsaan, M Balamurugan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Mohd Manshahar Abd Jalil memberitahu, penting buat atlet pecut berpusat di MSN sebagai satu pasukan supaya mereka dapat meningkatkan prestasi masing-masing dengan adanya kerjasama dan persaingan sihat.

"Kita bukannya mahu menidakkan kewibawaan Poad, beliau telah lahirkan atlet-atlet negara yang terbaik, boleh katakan beliau jurulatih pecut negara yang terbaik. Kita pernah mencadangkan supaya Poad ditukarkan ke Bukit Jalil, tetapi beliau tidak dapat datang kerana sebab-sebab tertentu.

Artikel Berkaitan:

"Atlet bersedia untuk berhijrah ke sini, namun kita akan membuat perbincangan melibatkan MSN, atlet dan jurulatih agar semua pihak faham mengenai hala tuju kita. Sekarang pun mereka sedang menjalani latihan khas selama dua minggu di bawah Miller sebagai proses transisi,” jelasnya.