Dijengah lembaga misteri ketika swafoto

Alice berswafoto bersama anak dan suami namun secara tidak sengaja terakam satu entiti menyerupai budak perempuan berambut panjang sedang mengintai mereka.
Alice berswafoto bersama anak dan suami namun secara tidak sengaja terakam satu entiti menyerupai budak perempuan berambut panjang sedang mengintai mereka.
A
A
A

LONDON - Seorang wanita terkejut apabila menyedari terdapat entiti pada sekeping gambar yang dirakam bersama anak dan suaminya di dalam bilik tidur rumah lamanya di sini.

Alice Martin, 23, berkata, kejadian itu amat menyeramkan dan sehingga kini masih menjadi misteri, lapor Mirror.

Alice mendapati terdapat entiti pada gambar itu ketika dia melihat kembali gambar-gambar lama di dalam telefon bimbitnya.

Dia terkejut apabila ternampak bayangan seperti budak perempuan berambut panjang mengintai mereka ketika swafoto.

Alice turut menghantar gambar tersebut kepada kakaknya untuk meminta pendapat.

"Saya menghantar gambar ini kepada kakak untuk meminta pandangan dan ternyata dia juga dapat melihat 'wajah' serta ada mata memerhati mereka.

"Saya cuba mengatakan kepada diri sendiri bahawa itu hanyalah bayangan atau sesuatu yang tergantung di pintu, tetapi semakin saya melihatnya, saya sentiasa berfikir, apa itu? Ini memang pelik," katanya.

Menurutnya, ramai mengatakan gambar itu ada 'sesuatu' dan berasa seram ketika melihatnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Alice mengatakan, dia mendakwa selalu melihat mainan anaknya menyala sendiri termasuk televisyen bercahaya pada tengah malam.

Bagaimanapun sejak berpindah di rumah baharu mereka sekeluarga tidur lena termasuk anaknya juga tidak mengalami gangguan.