Manchester United bukan lawan mudah

Jaringan De Jong muncul wira apabila memastikan Sevilla ke final Liga Europa buat kali keenam.
Jaringan De Jong muncul wira apabila memastikan Sevilla ke final Liga Europa buat kali keenam.
A
A
A

PENGENDALI Sevilla, Julen Lopetegui memuji karakter dipamerkan anak-anak buahnya selepas menyingkirkan Manchester United 2-1 pada aksi separuh akhir Liga Europa awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Lopetegui mengakui Sevilla terpaksa berdepan tugas sukar memburu tiket ke final selepas menerima tentangan sengit daripada The Red Devils.

“Ini adalah persembahan terbaik Manchester United dalam beberapa tahun terakhir. Jadi sewajarnya saya katakan bahawa bukan satu tugas mudah untuk kami mengatasi mereka pada aksi separuh akhir ini.

“Secara keseluruhannya, kami amat menderita pada perlawanan ini, namun pengalaman ternyata berpihak kepada pemain-pemain Sevilla yang mengatasi semangat pemain muda Manchester United.

“Kejayaan kami adalah usaha berpasukan. Sekiranya anda berhajat untuk menewaskan kelab seperti Manchester United dalam, anda harus melakukannya sebagai satu unit. Itulah yang kami lakukan malam ini.

“Saya sangat bangga dengan pemain-pemain saya. Kami sangat bersemangat untuk final, tetapi ini akan menjadi perlawanan paling sukar dan kami harus membuat persiapan,” katanya.

Penyerang gantian, Luuk de Jong muncul wira Sevilla apabila menyumbang gol kemenangan kelab Sepanyol itu pada penghujung perlawanan, sekali gus mengesahkan kemaraan ke final Liga Europa buat kali keenam.

Sebelum itu, Suso terlebih dulu memadam jaringan pembukaan United menerusi sepakan penalti yang disudahkan perancang berpengaruh, Bruno Fernandes.

Artikel Berkaitan: