Setiausaha Bersatu Johor nafi tiga ADUN lompat parti

Mohd Solihan
Mohd Solihan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dakwaan yang menyatakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar parti dan menyertai pembangkang hanyalah khabar angin yang berniat jahat untuk memporak-perandakan kerajaan negeri di bawah Pakatan Nasional (PN).

Setiausaha Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri berkata, dakwaan itu tidak berasas, malah dibuat tanpa merujuk pemimpin Bersatu.

"Tidak ada mana-mana ADUN Bersatu di Johor yang keluar parti untuk menyertai pembangkang. Saya minta semua pihak terutama ahli Bersatu supaya jangan percaya khabar angin yang hanya mahu melemahkan kita.

Mohd Solihan yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Johor berkata, beliau bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad pagi tadi sebagai rutin setiap pagi Isnin untuk semua Exco Kerajaan Negeri bersarapan pagi bersama-sama.

"Bagaimanapun Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor tidak dapat bersama pagi tadi kerana mempunyai urusan rasmi lain," katanya pada sidang akhbar pembukaan rasmi sempadan Malaysia-Singapura di sini hari ini.

Sabtu lalu, kesemua 11 ADUN Bersatu Johor menghadiri pertemuan tertutup bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ADUN daripada parti UMNO dan Pas di sebuah hotel di sini.

Pertemuan tertutup itu dikatakan membincangkan kerjasama politik dan masa depan hala tuju kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).

Artikel Berkaitan: