Sultan Pahang berkenan ke majlis kesyukuran

Al-Sultan Abdullah beramah mesra bersama masyarakat ketika baginda berkenaan berangkat ke solat jumaat solat hajat serta tahlil dan doa selamat di Masjid Baharu Temerloh di sini, hari ini.
Al-Sultan Abdullah beramah mesra bersama masyarakat ketika baginda berkenaan berangkat ke solat jumaat solat hajat serta tahlil dan doa selamat di Masjid Baharu Temerloh di sini, hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat ke solat Jumaat dan solat hajat serta doa selamat bersempena pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Masjid Baharu Temerloh, hari ini.

Turut berangkat sama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda yang memakai baju Melayu serta bersamping biru tiba jam pukul 1 tengah hari ke masjid berkenaan disambut ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri dan rakyat yang tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan baginda.

Sebaik solat Jumaat, solat hajat dilakukan memohon kesejahteraan Al-Sultan Abdullah, bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman diikuti dengan jamuan.

Baginda dan Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 300 golongan asnaf dan anak yatim di samping bersalaman dan bermesra bersama rakyat di daerah ini.

Artikel Berkaitan: