Covid-19: Dua pasar malam di Kulim ditutup sementara

Notis pemberitahuan yang dikeluarkan oleh MPK semalam.
Notis pemberitahuan yang dikeluarkan oleh MPK semalam.
A
A
A

KULIM - Majlis Perbandaran Kulim (MPK) mengumumkan penutupan sementara dua pasar malam di mukim Padang Meha berkuat kuasa hari ini susulan penularan wabak Covid-19.

Menurut MPK dalam satu kenyataan hari ini, dua pasar malam terlibat ialah Pasar Malam Sungai Karangan dan Pasar Malam Merbau Pulau yang masing-masing beroperasi pada Rabu dan Sabtu.

"Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), memakai pelitup muka di tempat awam dan sesak, mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak berhimpun di tempat yang sesak dan sempit," katanya.

Setakat semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat 14 kes aktif dalam daerah Kulim melibatkan kluster PUI Sivagangga dan Kluster Tawar.

Artikel Berkaitan: