Covid-19: Lima taman awam di Kuala Muda ditutup sementara

Taman Rekreasi Bukit Banyan ditutup sementara untuk pengunjung sejak semalam.
Taman Rekreasi Bukit Banyan ditutup sementara untuk pengunjung sejak semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Lima taman awam di Kuala Muda ditutup sementara kepada pengunjung bermula semalam berikutan peningkatan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di daerah itu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata, kesemua taman awam iaitu Taman Jubli Perak, Taman Awam Bandar Perdana, Ujana Perbandaran, Taman Rekreasi Tasik Darul Aman Perdana dan Taman Rekreasi Bukit Banyan ditutup sementara sehingga satu tarikh dimaklumkan kelak.

"Perintah kawalan ini dibuat bawah Akta Pencegahan dan Pengawasan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

"Mana-mana pengunjung yang ingkar arahan terbabit boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa," katanya.

Satu lagi kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Muda telah dikesan di Kuala Muda, Kedah kelmarin.

Taman Jubli Perak ditutup sementara untuk pengunjung bermula semalam akibat penularan wabak Covid-19.
Taman Jubli Perak ditutup sementara untuk pengunjung bermula semalam akibat penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: