X

Kindly register in order to view this article
!

Wakil Pejuang 'underdog', kata Mukhriz

Mukhriz (duduk; dua dari kanan) menemani Amir Khusyairi (tiga dari kiri) menyantuni penduduk di kawasan Pekan Slim di sini ketika berkempen bagi PRK DUN Slim hari ini.
A
A

TANJUNG MALIM - Calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dijangka berhadapan dengan cabaran yang amat sukar.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Pejuang perlu memaklumkan kepada pengundi kawasan itu berhubung perjuangan dan agenda parti berkenaan yang sehingga kini masih belum didaftarkan secara rasmi itu.

“Kita merupakan underdog sebab berdepan dengan Barisan Nasional (BN), tentunya BN mempunyai jentera begitu besar dan begitu teratur serta mempunyai sumber yang banyak.

“Tetapi kita sebagai parti yang baru sahaja nak mendaftar, ini calon (Amir Khusyairi) pertama kami dalam perjuangan politik baharu yang hendak kami lakarkan ini,” katanya ketika ditemui pemberita ketika membantu kempen Amir Khusyairi di sekitar kawasan pekan Slim di sini hari ini.

Pada 7 Ogos lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional, yang sehingga kini dikenali dengan nama

Pejuang dan Dr Mahathir dilaporkan berkata, parti itu akan dipimpin oleh Mukhriz sebagai presiden.

PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dari BN pada 15 Julai lepas menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohd Zaidi Aziz, 43, calon Bebas S. Santharasekaran, 44, dan Amir Khusyairi, 38.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!