X

Kindly register in order to view this article
!

Polis KL sasar 2,000 CCTV dipasang sekitar ibu negara

Mazlan pada Sesi Perbincangan Townhall di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kepong 2, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Kumpur menyasarkan sebanyak 2,000 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitar kawasan ibu negara dalam usaha menangani jenayah serta memantau isu keselamatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pemasangan CCTV akan dilakukan di hot spot yang dikenal pasti di bawah daerah Brickfields, Dang Wangi, Wangsa Maju, Cheras dan juga Sentul.

"Perkara ini kami akan cadangkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa untuk kita pasang di kawasan yang dikenal pasti banyak aktiviti perniagaan dan pelancongan.

"Setakat ini, hanya sebanyak 309 CCTV yang sedia ada di kawasan sekitar bandar raya ini," katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri satu pertemuan khas bersama penduduk, wakil agensi awam dan swasta di kawasan Sentul, di sini hari ini.

Mazlan (tengah) pada Sesi Perbincangan Townhall di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kepong 2, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Mazlan (tengah) pada Sesi Perbincangan Townhall di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kepong 2, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

18 Julai lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menambah sehingga 5,000 CCTV di kawasan strategik bagi menjadikan ibu negara sebagai sebuah bandar yang lebih selamat dan kondusif untuk membeli-belah.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya telah meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalin kerjasama dengan pihak swasta terutama pemaju dalam pemasangan kamera terbabit.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam usaha pihak polis membanteras jenayah.

"Pemberi maklumat tidak perlu risau kerana identiti mereka tidak akan didedahkan sama sekali," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!