Sekatan baharu di Rakhine

Perkampungan penduduk Rohingya yang musnah akibat tindakan kekerasan tentera.
Perkampungan penduduk Rohingya yang musnah akibat tindakan kekerasan tentera.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. PBB mendakwa sekatan kerajaan baharu terhadap aktiviti bantuan menjejaskan kira-kira 50,000 penduduk Rohingya di Rakhine di mana etnik minoriti Islam itu ditindas sejak beberapa dekad lalu.

Awal bulan lalu, kerajaan negeri Rakhine menyekat akses pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi PBB dari memasuki ke daerah pedalaman di utara dan bahagian tengah yang terjejas akibat konflik tersebut.

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) turut menerbitkan laporan tentang kekangan bantuan itu, semalam.

Menurut agensi itu, sekatan itu telah memaksa pertubuhan bantuan untuk mengurangkan atau menghentikan program sedia ada termasuk jagaan kesihatan, bekalan air bersih, pembinaan sekolah dan latihan guru.

Sebagai contoh, perkhidmatan kesihatan bergerak yang disediakan di 15 perkampungan untuk kira-kira 17,000 di Kyauktaw terpaksa ditangguhkan.

"Di Ponnagyun, kira-kira 220 konsultasi kesihatan termasuk perkhidmatan rujukan kecemasan di kawasan pedalaman terpaksa dihentikan. Kami sedang berusaha untuk menilai impak sekatan itu dan program kemanusiaan sedia ada di kawasan terjejas," ujar jurucakap agensi itu di Myanmar, Pierre Peron dalam satu kenyataan.

Tambah agensi itu lagi, keganasan yang berterusan memaksa kira-kira 5,000 penduduk meninggalkan rumah mereka dan berlindung di kawasan komuniti di seluruh kawasan negeri terbabit sejak awal bulan lalu. - Press TV

Artikel Berkaitan: