X

Kindly register in order to view this article
!

Turki berang, gantung hubungan diplomatik dengan UAE

Recep Tayyip Erdogan
A
A

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hari ini menegaskan Ankara akan menggantung hubungan diplomatik dengan UAE selepas perjanjian damai kontroversi, Perjanjian Abraham dimeterai bersama Israel.

“Saya telah memberi arahan kepada Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu. Saya memberitahu kami juga akan memanggil pulang duta dari Abu Dhabi,” katanya.

Erdogan mengumumkan tentang langkah itu di Istanbul selepas Kementerian Luar menyatakan sejarah tidak akan memaafkan tingkah laku hipokrit UAE kerana menandatangani perjanjian damai tersebut.

“Ia jelas mengkhianati tuntutan Palestin demi kepentingan mereka. Ia adalah tindakan sebelah pihak yang membimbangkan dan cubaan untuk menghapuskan Pelan Damai Arab pada 2002 yang dicadangkan Liga Arab. Tidak sedikit pun menunjukkan perjanjian tiga hala ini menyokong tuntutan Palestin,” tegasnya.

Ankara mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel sejak 1949, namun ia menjadi tegang susulan insiden serangan oleh komando rejim Zionis ke atas kapal flotilla, Mavi Marmara yang meragut nyawa 10 aktivis Turki ketika mereka cuba memecahkan sekatan haram di Genting Gaza pada 2010. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!