X

Kindly register in order to view this article
!

'MBSA langsung tak kompromi, terus rampas...'

NURUL AINI
A
A

SUNGAI BULOH - Salah seorang peniaga kecil di Bandar Baru Sungai Buloh di sini mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak berlaku adil apabila mengarahkan premis perniagaannya dikosongkan dalam masa singkat ketika operasi bersepadu pada Rabu lalu.

Peniaga terbabit, Nurul Aini Ab Rashid, 57, mendakwa, MBSA memberi notis yang terlalu singkat kepada peniaga kecil dan langsung tidak bertolak ansur.

Ketika operasi itu, katanya, peniaga meminta penguat kuasa MBSA memberi tempoh dua jam untuk mengosongkan premis perniagaannya, namun tidak diendahkan.

"Kami memerlukan masa untuk mengalihkan barang sebanyak tiga kontena di premis kami. Pastinya ia mengambil sedikit masa untuk urusan tempahan lori, kren dan sebagainya.

"Tapi MBSA langsung tak berkompromi dan terus merampas dua daripada tiga kontena barang kami," katanya ketika lawatan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ke lokasi premis berkenaan hari ini.

Noh pada sidang akhbar di Bandar Baru Sungai Buloh hari ini ketika turun padang bertemu peniaga yang terkesan akibat operasi MBSA pada Rabu lalu.
Noh pada sidang akhbar di Bandar Baru Sungai Buloh hari ini ketika turun padang bertemu peniaga yang terkesan akibat operasi MBSA pada Rabu lalu.

Nurul Aini berkata, dia sebelum ini beralih ke perniagaan makanan selepas perusahaan percetakan diusahakan bersama keluarga terkesan dengan keadaan ekonomi tidak menentu.

Malah, katanya, dia sebelum ini pernah beberapa kali membuat permohonan lesen kepada MBSA, tetapi gagal.

"Kami meniaga makanan pun tidak ganggu orang, malah kerusi meja semua berada dalam kawasan premis," katanya.

Sementara itu, Noh berkata, MBSA sewajarnya membantu peniaga kecil yang terkesan dengan keadaan ekonomi pada masa kini dan bukannya menindas mereka menerusi tindakan sedemikian.

Menurutnya, penguatkuasaan sewajarnya ditumpukan ke atas premis judi yang beroperasi di kawasan berkenaan dan bukannya melibatkan peniaga kecil yang mencari rezeki.

"Ini sampai peniaga kecil pun mereka ambil tindakan. Kita minta sita kedai mesin judi, bukan mesin jahit," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!