X

Kindly register in order to view this article
!

McPhee teruja kembali ke Red Bull Ring

McPhee
A
A

PELUMBA Moto 3 Petronas Yamaha SRT, John McPhee bertekad mengulangi pencapaian podium di Grand Prix (GP) Austria hujung minggu ini seperti dilakukan pelumba Scotland berusia 26 tahun itu pada tahun lalu.

Menurut McPhee yang kini berada pada kedudukan ketiga dengan 51 mata, beliau optimis mampu memberikan saingan sengit pada masa sama bertekad menambah kutipan mata bagi menjarakkan diri daripada pesaing lain sekali gus mencabar saingan musim ini.

"Saya tidak sabar untuk berlumba di Austria, ia adalah trek yang selalu baik bagi saya pada masa lalu, jadi saya merasakan bahawa kita boleh memberi cabaran sengit di sana. Secara jujur saya teruja untuk ke sana sekali lagi selepas menamatkan perlumbaan di sana tahun lalu pada kedudukan podium.

"Atmosfera dan suasana di Red Bull Ring sangat bagus dan cukup unik dengan bukit besar untuk ke Turn 1 dan Turn 3. Ia sangat baik untuk Moto3 kerana terdapat begitu banyak zon brek keras, jadi kami dapat yakin ia akan menjadi perlumbaan yang menarik.

"Tambahan pula kita tahu bahawa kita akan kembali semula ke litar lagi hanya dalam beberapa hari, jadi semestinya saya positif kita akan bermula baik," katanya.

Sementara itu rakan McPhee, Khairul Idham Pawi yang masih bergelut untuk pulih sepenuhnya kecederaan jarinya sehingga menjejaskan rentaknya di Litar Brno hujung minggu lalu yakin mampu memberi impak di GP Austria.

Menurutnya, dia akan memastikan keadaannya berada dalam keadaan siapsiaga mengharungi litar yang akan menguji sepenuh mental dan fizikalnya.

"Clinica Mobile ada memberikan sesuatu bagi merehatkan seterusnya mengurangkan pergerakan jari saya sebelum perlumbaan.

"Ini sangat mustahak kerana keadaan selekoh di GP Austria begitu mencabar. Saya akan berusaha sehabis baik dan kita akan melihat apa yang boleh kita lakukan apabila sampai di sana," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!