X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air di Kuala Pilah, Tampin, Jempol 18-19 Ogos

A
A

SEREMBAN - Sebahagian kawasan di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 8 pagi pada 18 Ogos hingga 8 pagi, 19 Ogos.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail dalam kenyataan di sini hari ini berkata, gangguan tersebut berikutan kerja-kerja penyelenggaraan pencawang stesen suis utama (SSU) Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Jelai di Bahau, Jempol.

Di Kuala Pilah, gangguan melibatkan seluruh kawasan Kampung Terentang, Kampung Padang Lebar, Kampung Sungai Jelutong, Kampung Ghalib, Kampung Keru, Kampung Pasir Ambor, Kampung Juasseh Tengah, UiTM Beting, Kampung Beting, Kampung Pelangai, Kampung Gentam, Kampung Dioh, Kampung Sungai Dua Kecil, Kampung Sungai Dua Besar, Kampung Dioh Seberang Pekan, Taman Fatimah, Taman Permai dan Flat Gentam.

Selain itu, ia turut melibatkan Taman Bukit Indah, Kampung Terusan Seberang, Kampung Rembang Panas, Kampung Sungkak, Pekan Juasseh, Taman Desa Permai Juasseh, Rumah Rakyat Juasseh, Taman Putra, Taman Bukit Gelugur, Kampung Desa Bukit Gelugur, Taman Anggerik, Taman Melati Indah, Taman Harmoni, Kampung Jemapoh, Taman Jemapoh Indah, Rumah Rakyat Jemapoh, Kampung Juasseh Kapitan, Melang, Seri Menanti, Ampang Tinggi, Pekan Tanjung Ipoh, Kampung Purun, Kampung Talang Tengah dan Pekan Senaling.

Kampung Maasop, Taman Pilah Senaling, Kampung Batang Pilah, Kampung Sri Pilah, Kampung Ulu Pilah, Kampung Sikai, Kampung Gunung Pasir, Kampung Ulu Senaling, Kampung Ulu Rembang Panas, Kampung Ulu Sungai Dua, Felcra Bembam, Kampung Air Kuning, Kampung Air Besar, Kepis, Malan, Kampung Tulang Rimau, Pekan Dangi, Selaru, Kuala Johol, Inas, Melekai, Pekan Johol, Nuri Renggoh dan Air Mawang turut terjejas.

"Di daerah Tampin, ia melibatkan seluruh kawasan Kampung Ulu Yoh manakala daerah Jempol membabitkan seluruh kawasan Kampung Batu Peti, Rumah Rakyat Rompin, Taman Melor Rompin, Kampung Baru Rompin dan sekitar Pekan Rompin.

"Ia turut melibatkan sebahagian Pekan Bahau, Bandar IOI, Taman Kasih Putera, Taman Desa Puteri, Taman Sri Rompin, Sungai Sebaling dan Ladang Geddes," katanya.

Norzita berkata, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat, bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. -Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!