Ab Rauf kongsi tarikh lahir sama dengan cucu ketiga

Ab Rauf dan isteri bersama cucu ketiganya. Foto: FB Ab Rauf.
Ab Rauf dan isteri bersama cucu ketiganya. Foto: FB Ab Rauf.
A
A
A

MELAKA – Di sebalik kehangatan suasana politik negeri susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkongsi berita gembira apabila menerima kehadiran cucu ketiganya, Noah Ar Rauf.

Lebih istimewa, cucu lelaki tersebut dilahirkan pada 20 September, tarikh yang sama dengan hari kelahiran beliau.

Ab Rauf berkata, kehadiran Noah Ar Rauf yang dilahirkan di Kuala Lumpur menjadi satu nikmat dan kurniaan yang amat bermakna buat seluruh keluarganya.

“Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT atas nikmat dan kurniaan yang begitu indah buat keluarga kami.

“Saya bersama isteri, Datin Seri Zuriyah Ab Aziz, menerima kehadiran cucu ketiga yang menjadi permata hati keluarga kami, Noah Ar Rauf,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ab Rauf memeluk Laili anaknya yang baharu melahirkan putera sulung, Ahad lalu. Foto: FB Ab Rauf.
Ab Rauf memeluk Laili anaknya yang baharu melahirkan putera sulung, Ahad lalu. Foto: FB Ab Rauf.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada anak perempuannya, Laili Nurlaila yang kini bergelar ibu, serta menantunya, Faiz yang bergelar bapa.

“Lebih istimewa dan mengujakan, Noah Ar Rauf berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya iaitu pada 20 September,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian itu menerima pelbagai ucapan tahniah dan doa daripada orang ramai yang berharap bayi berkenaan membesar sebagai anak yang soleh serta membanggakan keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!