Dukung ayah hari-hari

Mohd Farihan di samping bapanya, Ab Hamid serta isteri, Maziana Abdul Manan, 35 dan anaknya, Nur Aleya Qalesya, 4 di rumah sewa mereka di Kampung Gong Pak Jin, Kuala Nerus.
Mohd Farihan di samping bapanya, Ab Hamid serta isteri, Maziana Abdul Manan, 35 dan anaknya, Nur Aleya Qalesya, 4 di rumah sewa mereka di Kampung Gong Pak Jin, Kuala Nerus.
A
A
A

KUALA NERUS - Demi kasihkan bapanya, seorang anak sanggup mendukung dan membawa bapanya yang lumpuh menunggang motosikal bagi memenuhi permintaan insan kesayangannya itu untuk ke kedai makan.

Mohd Farihan Ab Hamid, 29, yang kini tinggal di Kampung Gong Pak Jin di sini berkata, walaupun letih selepas pulang dari kerja dia akan menuruti permintaan bapanya untuk keluar makan dan menikmati udara segar di luar rumah.

“Ayah saya suka makan di kedai dan kebiasaannya saya akan bawa dia ke kedai setelah pulang dari kerja. Dia juga tidak suka hanya duduk di dalam rumah dan akan minta untuk dibawa keluar.

“Sekiranya permintaannya tidak dipenuhi, dia akan marah dan mengamuk. Jadi saya terpaksa menggunakan motosikal untuk membawanya ke kedai makan atau ke pasar raya yang berdekatan dengan rumah.