Liga-M tetap berlangsung tanpa penonton

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

MENTERI Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keputusan untuk membenarkan Liga Malaysia (Liga-M) berjalan tanpa kehadiran penonton adalah kekal.

Jelas Ismail Sabri, keputusan itu adalah selaras kebenaran daripada pihak kerajaan yang menetapkan tarikh kejohanan bersifat kontak fizikal bermula 15 Ogos ini.

Menurutnya lagi, beliau menggesa mana-mana pihak tidak terkeliru di sebalik mesyuarat menteri-menteri yang melibatkan 20 kementerian setiap Isnin dan Khamis.

"Ia juga melibatkan ketua jabatan seperti ketua polis, panglima angkatan tentera, Peguam Negara, Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Ketua Pengarah Rela dan yang berkaitan.

"Ia adalah salah satu prosedur biasa bagi membincangkan perkembangan kini isu Covid-19 yang melanda di negara ini.

“Keputusan (untuk membenarkan) Liga-M sudah diluluskan tanpa sebarang penonton.

“Cuma jika KKM memberikan nasihat untuk sebarang perubahan baharu, barulah ada perubahan itu (menentukan status Liga-M sama ada diteruskan atau sebaliknya),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, pihak kerajaan membenarkan kejohanan kontak fizikal dibenarkan bermula 15 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

Pihak kerajaan hanya membenarkan aktiviti kejohanan dan pertandingan yang dibenarkan perlu diadakan tanpa membabitkan penonton dan ia perlu dilangsungkan di peringkat negara sahaja.

Pihak kerajaan sebelum ini juga telah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal seperti bola sepak, ragbi, bola kerajang, takraw serta sukan tempur dan boleh beroperasi bermula 15 Julai lalu.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah membenarkan setiap pasukan Liga Super dan Liga Premier untuk. mengadakan perlawanan persahabatan sejak 2 Ogos lalu sebagai persiapan sebelum beraksi di Liga-M pada 26 Ogos ini.