Ahli Pas sumbang RM17,077 bantu kes saman Hadi

Daud (kanan) menyerahkan replika cek kepada Dr Ahmad Samsuri di Pejabat Adun Rhu Rendang.
Daud (kanan) menyerahkan replika cek kepada Dr Ahmad Samsuri di Pejabat Adun Rhu Rendang.
A
A
A

MARANG - Ahli Pas di Dun Rhu Rendang berjaya mengutip sebanyak RM17,077 bagi menampung kos guaman kes saman presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report.

Pengarah MTD Rhu Rendang, Daud Jusoh berkata, sumbangan berkenaan adalah hasil derma ahli dari 19 cawangan Pas di Dun Rhu Rendang termasuk dalam kalangan masyarakat di masjid-masjid.

Menurutnya, usaha itu bagi menyahut seruan Pas Pusat yang mengeluarkan kenyataan agar ahli dapat membantu menampung kos kes itu yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

"Selepas kenyataan dikeluarkan kita mulakan usaha dan berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM17,077 yang kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Kutipan diserahkan selepas sesi dialog antara Menteri Besar dengan penduduk Rhu Rendang dan MPKK Rhu Rendang di Pejabat Adun Rhu Rendang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini

Hadir sama, Pegawai Khas Menteri Besar, Sabri Zakaria dan Pegawai Khas Adun Rhu Rendang, Wahad Osman, serta Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Mohd Embong.

Dalam pada itu, Daud bukan sahaja berharap kutipan itu dapat meringankan beban kos guaman Pas Pusat di London tetapi turut membawa doa rakyat Malaysia agar kes itu dapat memihak kepada Pas.

Artikel Berkaitan: