X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Sungai Buloh: SPRM jangka ada tangkapan lagi

Azam ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program SPRM PUBG Mobile i-Challenge di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan beberapa tangkapan lagi dibuat susulan kes perjudian dan penjualan rokok haram di Sungai Buloh, Selangor.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki tidak mendedahkan agensi penguat kuasa yang berkemungkinan ditahan itu.

"Saya jangka ada lagi tangkapan dan saya ucap terima kasih kepada pemberi maklumat yang berani tampil.

"Saya minta semua sabar dan di peringkat kami akan menjalankan penguatkuasaan di bawah bidang kuasa kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program SPRM PUBG Mobile i-Challenge di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di sini hari ini.

Azam berkata demikian susulan pihaknya menahan tiga pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dipercayai melindungi premis-premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, Selangor.

Menjawab pertanyaan sama ada terdapat kawasan lain yang turut didedahkan berkaitan kegiatan sedemikian, beliau berkata, perkara itu tidak dinafikan.

"Saya tak nafikan yang kami terima maklumat dari seluruh negara berhubung kawasan perjudian atau rumah urut dan sebagainya yang dilindungi pihak berkuasa. Dalam kita nak siasat rasuah ini, kita perlukan bukti dan keterangan saksi," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga ingin menyatakan bahawa SPRM sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengenal pasti kawasan terlibat.

"Mana-mana yang berada di bawah bidang kuasa polis, kita serahkan kepada polis untuk tindakan. Untuk kami, kami melihat dalam isu rasuah sahaja," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!