X

Kindly register in order to view this article
!

Tuchel realistik status Mbappe

Mbappe mengalami kecederaan akibat terjahan Perin semasa perlawanan akhir Piala Perancis menentang Saint Etienne pada 24 Julai lalu.
A
A

PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel boleh sekurang-kurangnya menghela nafas lega menjelang pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Atalanta selepas kehadiran tonggak utamanya Kylian Mbappe semasa sesi latihan baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Tuchel, beliau tidak terlalu mengharap mendapatkan khidmat penyerang muda Perancis berusia 21 tahun itu yang masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan sebelum ini.

"Biarpun Mbappe tersenarai dalam kalangan 28 yang akan ke Lisbon bagi pertemuan menentang Atalanta, namun berdasarkan kondisi semasa adalah mengambil masa untuk Mbappe kembali semula kepada kecergasan sebelum ini.

"Sejujurnya tempoh masa untuk Mbappe menyediakan dirinya kembali cergas adalah singkat terlalu singkat.

"Biarpun begitu, kami akan bercakap dengan doktor bagi mengetahui perkembangan terkini fasa seterusnya dan ada kemungkinan Mbappe berada di bangku simpanan semasa aksi menentang Atalanta," katanya.

Mbappe kembali menjalani latihan ringan pada sejak kebelakangan ini termasuk melakukan latihan aksi di padang.

Bintang PSG itu sebelum ini mengalami kecederaan pergelangan kaki akibat terjahan pemain lawan, Loic Perin semasa perlawanan akhir Piala Perancis menentang Saint Etienne pada 24 Julai lalu.

Mbappe kemudiannya pada awalnya diketepikan selama tiga minggu tetapi melebihi jangkaan dalam proses pemulihannya.

Sementara itu, pemain tengah Atalanta, Remo Freuler tetap skeptikal bahawa gergasi Ligue 1 itu akan meminggirkan Mbappe dalam perlawanan peringkat kalah mati berkenaan.

"Saya tahu Angel Di Maria digantung tetapi saya hanya akan mempercayai ketiadaan Mbappe dan (Marco) Verratti ketika saya melihat PSG di atas padang.

"Anda semua kena ingat ini adalah suku akhir Liga Juara-Juara, semua orang mahu berada di sana dan mereka akan melakukan segala yang mungkin untuk turut serta pada perlawanan fasa penting ini," kata Freuler.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!