Kes judi Sungai Buloh: SPRM tahan pegawai MBSA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini selepas dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut sumber dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi itu, tiga pegawai penguat kuasa berusia lingkungan 41 hingga 49 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika dipanggil memberi keterangan.

Siasatan mendapati dua penguat kuasa terbabit bertugas di cawangan Sungai Buloh dan seorang lagi di Shah Alam.

Selain itu, SPRM turut menahan peniaga rokok seludup warga Aceh yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia kelmarin kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Sumber berkata, peniaga terbabit telah beroperasi sejak tahun lalu dan dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Tambah sumber, penguat kuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

"Ini termasuk premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok dan gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan serta premis perjudian.

"Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga haram ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ia kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa terbabit.

Beliau menggesa pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk tampil memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

"Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Kesemua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman dibawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak berniat cetus kontroversi, Asri Janggut mohon maaf...

SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut