Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia

BAPA kepada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan Abu Bakar telah meninggal dunia pada jam 2.57 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.
Berita sedih itu dimuat naik Afdlin Shauki di Instagram dengan meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan roh bapanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
"2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yang tak habis-habis membuat orang berasa tenang dan ceria.
"Tiada lagi Aksan Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yang tercinta," luahnya.
Menurutnya, bapanya sempat memohon maaf dan memaafkan semua malah tidak menyimpan dendam kepada sesiapa.
"Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!
"Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa.
"Ya ALLAH kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa...," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmRemaja 13 tahun meninggal dunia dalam bilik air
07 Januari 2026 02:20pmIsma Aliff meninggal dunia
07 Januari 2026 11:27amBekas Panglima Tentera Darat, 2 isteri antara 5 ditahan SPRM
07 Januari 2026 09:14pmLelaki maut ditembak dua suspek bermotosikal
07 Januari 2026 05:58pm- Iklan -- Iklan -
