United terlepas sambar Sancho

Jadon Sancho
Jadon Sancho
A
A
A

MANCHESTER United mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk menyambar penyerang muda berbisa Borussia Dortmund, Jadon Sancho pada musim panas kali ini.

Sehingga semalam yang menjadi tarikh akhir ditetapkan Dortmund, United masih gagal mencapai kata sepakat dengan kelab gergasi Jerman itu mengenai nilai perpindahan Sancho.

Malah, Sancho, 20, juga dilaporkan telah berlepas ke Switzerland untuk mengikuti kem latihan Dortmund sebagai persiapan menghadapi saingan Bundesliga musim depan.

Sebelum ini, Dortmund telah meletakkan tanda harga berjumlah 108 juta pound (RM591.4 juta) ke atas Sancho. Namun, United menganggap nilai itu terlalu tinggi, sebaliknya mereka memberikan syarat tertentu tanpa mempedulikan tarikh akhir ditetapkan Dortmund.

Sancho dilihat sebagai alternatif terbaik bagi mempertajamkan jentera serangan The Red Devils kerana dia pernah beraksi dengan beberapa pemain United seperti Marcus Rashford dan Jesse Lingard dalam skuad kebangsaan England.

Artikel Berkaitan: