Pelaburan MARA pemegang utama saham AppAsia

Pelaburan MARA Bhd muncul sebagai pemegang utama saham AppAsia Bhd. - Foto sumber internet
Pelaburan MARA Bhd muncul sebagai pemegang utama saham AppAsia Bhd. - Foto sumber internet
A
A
A

PELABURAN MARA Bhd muncul sebagai pemegang utama saham AppAsia Bhd.

AppAsia dalam laporannya di Bursa Malaysia menjelaskan, perkara itu berlaku selepas cabang pelaburan strategik dan pengurusan aset Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperoleh 4.4 juta saham AppAsia di luar pasaran.

Susulan pengambilan itu, Mara kini memiliki 21.29 juta saham mewakili 6.06 peratus kepentingan dalam AppAsia.

Dianggarkan, kira-kira 4.5 juta saham AppAsia diperdagangkan di pasaran pada Rabu minggu lalu pada harga 56 sen sesaham, sementara 13 juta saham lain diperoleh oleh dana yang sama pada 21 Julai lepas iaitu pada 38 sen sesaham.

Saham AppAsia mencapai paras tertinggi iaitu 46.5 sen pada 27 Julai lepas selepas syarikat itu melancarkan platform audit eConfirm.my.

Pada 7 Ogos lepas pula, harga saham syarikat itu kekal pada 5.5 sen atau 9.32 peratus lebih tinggi pada 64.5 dengan 30.2 juta unit dijual.

Setakat ini, saham syarikat penyedia platform digital dan pakar aplikasi mudah alih canggih itu dilaporkan meningkat sehingga 64.36 sen.

Artikel Berkaitan: