'Salur maklumat, jangan tularkan'

Mazlan merasmikan CCTV Pengecaman Wajah disaksikan KK Chai di Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Rosli Talib
Mazlan merasmikan CCTV Pengecaman Wajah disaksikan KK Chai di Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Rosli Talib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai supaya tidak menularkan sebarang kegiatan perjudian di Kuala Lumpur, sebaliknya menyalurkan maklumat untuk tindakan serbuan dan tangkapan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, masyarakat boleh menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur yang dibuka selama 24 jam di talian 03-21460670 atau WhatsApp di talian 017-3169779.

"Jika ada maklumat tentang kegiatan perjudian atau gangsterisme, salurkan maklumat dengan tepat kepada bilik gerakan kita untuk tindakan.

"Tak guna untuk ditularkan kerana ia sedikit sebanyak akan ganggu siasatan. Ia boleh akibatkan masalah lain seperti ancaman kepada pengadu itu sendiri. Paling baik, hubungi kami yang mana identiti pengadu ini dirahsiakan.

"Kalau tular sebegitu, sudah tentu orang tahu siapa yang beri maklumat. Sekiranya aduan itu disalurkan terus kepada polis, identiti itu dirahsiakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kamera Rakaman Litar Tertutup (CCTV) Pengecaman Wajah di KK Mart, Taman Desa Petaling di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai.

Terdahulu, polis akan memanggil seorang pemilik gerai burger dikenali Asri Janggut dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung video berkenaan daripada Ketua Balai Sungai Buloh dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Artikel Berkaitan:

Katanya, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Polis Diraja Malaysia dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

Malah, maklumat yang diberikan dalam video tersebut juga tidak tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut

Asri Janggut jumpa KPN di Bukit Aman