Suspek bunuh isteri dituduh esok

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suami mangsa yang berang dengan tindakan isterinya mahu memfailkan pengesahan cerai bertindak menjerut leher wanita itu menggunakan tudung sehingga mati.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan suami mangsa yang berang dengan tindakan isterinya mahu memfailkan pengesahan cerai bertindak menjerut leher wanita itu menggunakan tudung sehingga mati.
A
A
A

SHAH ALAM - Suspek yang terlibat dalam kes bunuh isterinya yang juga seorang pensyarah di Taman Mas Putra Perdana, Sepang pada 29 Julai lalu akan dituduh di mahkamah esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Sepang pada jam 9 pagi esok.

"Suspek akan di tuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suami mangsa yang berang dengan tindakan isterinya mahu memfailkan pengesahan cerai bertindak menjerut leher wanita itu menggunakan tudung sehingga mati.

Dalam kejadian itu suspek, 41, kemudian meninggalkan mayat isterinya di dalam kereta mereka berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil.

Suspek yang juga sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) itu kemudian berpura-pura mencari isterinya yang berusia 40 tahun bersama anak perempuannya berusia 14 tahun.

Terdahulu, polis mendedahkan tempahan perkhidmatan e-hailing yang dibuat suspek ke lokasi kejadian membongkar kes pembunuhan itu.

Artikel Berkaitan: