[VIDEO] Hafidz Roshdi hadir prosiding kes cerai isterinya

Hafidz tiba di Mahkamah Rendah Syariah bagi sebutan semula kes cerai terhadap isterinya pada Selasa.
Hafidz tiba di Mahkamah Rendah Syariah bagi sebutan semula kes cerai terhadap isterinya pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon, Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada jam 9.50 pagi Selasa, bagi sebutan semula kes cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bagaimanapun media masih menunggu kehadiran Nurul Shuhada bagi prosiding tersebut.

Ketika ditanya mengenai kes berkenaan, pelakon berusia 29 tahun itu yang hadir dengan memakai kemeja berkata, sebarang keputusan kes akan dimaklumkan selepas prosiding.

Hafidz dan Nurul Shuhada, 29, telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini pada 27 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua keluarga.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Pada 22 Februari, Hafidz dipercayai melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Nurul Shuhada di hadapan ahli keluarganya.

Kemelut rumah tangga salah seorang finalis Hero Remaja itu mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Hafidz Roshdi lapor polis isu Shuhada keguguran

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Pengesahan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 20 Jun ini

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi hadir prosiding kes cerai isterinya

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi sudah ke Hospital Bahagia

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Hafidz Roshdi keguguran di usia kandungan 14 minggu