Syed Anuar dilantik Presiden Alumni GPMS Kebangsaan

Syed Anuar Syed Mohamad
Syed Anuar Syed Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Syed Anuar Syed Mohamad dilantik sebagai Presiden Alumni Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) Kebangsaan dalam Persidangan Agung Tahunan Kali Ke-8 Persatuan Alumni GPMS Kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur, malam tadi.

Syed Anuar ketika berucap sempena persidangan itu berkata, beliau berjanji untuk mengadakan satu sidang khas bersama jawatankuasa baharu dalam masa terdekat bagi memperincikan hala tuju Alumni GPMS.

Menuru beliau, antaranya adalah ke arah melaksanakan program-program khasnya menangani cabaran pendidikan semasa dan juga pemupukan jati diri generasi muda berpaksikan prinsip Rukun Negara.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden GPMS itu menambah, alumni berkenaan juga adalah satu pusat pengumpulan ahli GPMS berusia 35 tahun ke atas supaya mereka dapat membantu membimbing mengukuhkan pengamalan 4S (4 Sedar) dalam kalangan ahli muda.

"Ahli muda ini terdiri daripada golongan belia sejajar dengan keperluan semasa negara yang memerlukan idea-idea baharu. Menerusi prinsip 4 Sedar, Alumni GPMS akan berusaha, bersatu tenaga dengan generasi muda untuk meningkatkan penguasaan pengetahuan dan memantapkan ekonomi rakyat.

"Selain itu, asas perjuangan Alumni GPMS Kebangsaan turut mengutamakan bidang lain seperti berkongsi kepakaran intelektual, penyelidikan, membantu meningkatkan penguasan teknologi dan penguasan Bahasa Inggeris," katanya.

Dalam pada itu, Syed Anuar turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga bekas Setiausaha Agung GPMS, Datuk Mohd Nardin Awang sebagai Ahli Lembaga Penasihat Alumni GPMS Kebangsaan.

Selain itu, Hazimah Samin turut diumumkan sebagai Setiausaha Agung Alumni GPMS Kebangsaan yang baharu menggantikan Rafie Wagini. Perlantikan itu bagi tempoh 2020 hingga 2023.

Artikel Berkaitan:

Jawatankuasa Alumni GPMS (2020/2023)

Pengerusi Tetap: Mustafa Latif

Timbalan Pengerusi Tetap: Hishamudin Abdul Rahman

Presiden: Datuk Syed Anuar Syed Mohamad

Timbalan Presiden: Datuk Hang Tuah Din

Naib Presiden I: Datuk Sharifudin Ali

Naib Presiden II: Datuk Seri Irmohizam Ibrahim

Naib Presiden III: Zakaria Md Sam

Naib Presiden IV: Narita Mohd Nor

Setiausaha Agung: Hazimah Samin

Penolong SUA: Roszaina Che Wahab

Bendahari: Rafie Wagini

Ketua Penerangan: Mohd Sabarudin Daud