X

Kindly register in order to view this article
!

'Tidak pernah lantik syarikat tawar konsultan keselamatan'

Ayob Khan
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor hari ini menafikan pihaknya ada melantik syarikat bagi menawarkan perkhidmatan konsultan untuk permohonan senjata api serta peluru dan meminta orang ramai berwaspada mengenai kes tawaran berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya telah mengesan terdapat sebuah syarikat perkhidmatan konsultan keselamatan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang beralamat di negeri Johor.

Katanya, syarikat itu dipercayai menawarkan perkhidmatan konsultan bagi permohonan lesen senjata api dan peluru.

"Polis Johor tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau ejen yang menawarkan perkhidmatan konsultan bagi permohonan senjata api dan peluru.

"Permohonan yang dibuat perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan tiada sebarang bayaran dikenakan oleh pihak polis kepada pemohon," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihati masyarakat supaya tidak terpedaya dengan penipuan itu dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum menerima tawaran daripada mana-mana konsultan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!