X

Kindly register in order to view this article
!

Warisan sedia kerjasama dengan parti baharu Dr Mahathir

Dr Mahathir, Shafie Apdal.
A
A

TAWAU - Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerjasama itu boleh dicapai sekiranya agenda parti baharu itu selari dengan perjuangan parti mengenai rakyat dan Sabah.

"Asalkan landasan perjuangan sesebuah politik itu selaras dengan apa yang kita lihat dalam penentuan hak-hak di Sabah, kepentingan rakyat serta dasar-dasar yang kita perjuangkan," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan penyerahan lot penempatan mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Otentik serta penyerahan geran tanah di daerah Tawau dan daerah Kalabakan di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian semasa mengulas pengumuman Tun Mahathir semalam mengenai penubuhan parti baharu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Pada majlis hari ini Mohd Shafie menyerahkan 318 geran tanah di daerah Tawau serta Kalabakan, selain menyampaikan 67 lot penempatan kepada mangsa kebakaran tahun lepas di Kampung Tanjung Batu Otentik. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!