X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga beranak disyaki dera amah dibebaskan dengan jaminan polis

A
A

MANJUNG - Tiga beranak yang ditahan reman disyaki mendera amah warga Indonesia di Pantai Remis dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, tindakan itu dibuat atas arahan Timbalan Pendakwa Raya negeri.

"Ketiga-tiga tangkapan akan diberi jaminan Polis pada hari ini atas arahan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak sementara sementara menunggu laporan penuh perubatan mangsa dan menunggu keputusan kes daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ringkas kepada media hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, pihak polis berjaya menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa dera tiga beranak sehingga menyebabkan cuping telinganya hampir putus sejak tahun lalu.

Wanita berusia 31 tahun itu diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dalam serbuan di sebuah rumah di Desa Pantai 2, Pantai Remis di sini.

Susulan itu, seorang wanita berusia 52 tahun bersama dua anaknya masing-masing berusia 23 dan 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

[https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/95054]


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!