'Tunggu pengumuman Dr Mahathir petang ini'

Senator Datuk Marzuki Yahya
Senator Datuk Marzuki Yahya
A
A
A

SHAH ALAM - Teka teki adakah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membentuk parti baharu atau bergabung dengan parti lain pada pilihan raya umum akan datang bakal terjawab petang ini.

Keputusan itu dijangka diumumkan susulan Dr Mahathir dan empat yang lain gagal dalam saman difailkan atas tuduhan pemecatan mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah salah hari ini.

Empat lagi plaintif adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Dr Maszlee Malik; bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha Agung Bersatu, Senator Datuk Marzuki Yahya.

Marzuki berkata, berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu satu sidang media bersama dengan bekas Perdana Menteri keempat yang juga bekas Pengerusi Bersatu itu akan diadakan petang ini.

"Petang ini akan ada sidang media dengan Tun (Dr Mahathir)," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi dan difahamkan sidang media itu akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar jam 4.30 petang.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga pihak lagi untuk membatalkan saman oleh Dr Mahathir dan empat plaintif terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN Mahkamah batal saman ke atas Muhyiddin, tiga lagi

Artikel Berkaitan: