Bayi ditanam hidup-hidup angkara dukun

Bayi tersebut terselamat daripada maut selepas ditanam hidup-hidup. - Foto Caters News Agency
Bayi tersebut terselamat daripada maut selepas ditanam hidup-hidup. - Foto Caters News Agency
A
A
A

UTTAR PRADESH - INDIA. Seorang bayi perempuan berusia tiga minggu yang ditanam hidup-hidup berhampiran sebuah tasik berjaya diselamatkan penduduk yang terdengar tangisannya.

Dalam insiden Jumaat lalu, seorang penduduk Shahjahanpur, Dharmendra Kumar mendengar tangisan halus ketika melalui kawasan di mana bayi tersebut ditanam, tanpa berlengah dia dan beberapa penduduk lain segera menggali dalam keadaan cuaca sejuk dan berjaya mengeluarkan bayi malang berkenaan.

Mereka kemudian segera mengejarkan bayi itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan polis mendapati, ibu bapa bayi tersebut masing-masing berusia 30 dan 28 tahun, menanam anak mereka atas arahan seorang dukun yang mendakwa anak ketiga mereka itu dirasuk kuasa jahat.

Menurut dukun tersebut, kehadiran bayi itu hanya akan membinasakan kehidupan mereka sekeluarga.

Setakat ini, pihak polis telah menahan bapa bayi tersebut dan dukun berkenaan serta beberapa lagi yang dipercayai terlibat sama, sementara ibu bayi kecil itu masih menghilangkan diri.- Dailymail

Artikel Berkaitan: