18,355 PATI ditahan sejak Januari

Imigresen tahan 18,355 pendatang asing tanpa izin dalam 4,694 operasi penguatkuasaan di seluruh negara sejak 1 Januari hingga kelmarin. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia (Gambar kecil: Khairul Dzaimee)

A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 18,355 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) atas pelbagai kesalahan dalam 4,694 operasi penguatkuasaan di seluruh negara pada tahun ini sejak 1 Januari hingga kelmarin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, PATI yang ditahan itu membabitkan pelbagai warganegara selepas pemeriksaan dibuat ke atas seramai 70,907 individu.

"Daripada keseluruhan PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi adalah Indonesia membabitkan seramai 7,018 orang, diikuti Bangladesh (3,060), Myanmar (2,401), Filipina (1,478), Thailand (1,186), India (1,095), Pakistan (795), Vietnam (366), Nepal (323), China (312) dan bakinya adalah dari lain-lain negara.

"Selain itu, kita turut menahan seramai 267 majikan warga tempatan dan asing," katanya kepada Sinar Harian hari ini.