Pelajar tingkatan satu antara suspek curi motosikal

Polis menahan tiga lelaki di Kampung Perepat, Klang semalam bagi membantu siasatan kes curi motosikal.
Polis menahan tiga lelaki di Kampung Perepat, Klang semalam bagi membantu siasatan kes curi motosikal.
A
A
A

KLANG - Seorang pelajar antara tiga yang diberkas dalam serbuan Ops Lejang, di Kampung Perepat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, operasi sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira jam 2.45 petang bertindak menahan tiga lelaki termasuk pelajar berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati dua buah motosikal di bengkel tersebut berada dalam keadaan mencurigakan kerana nombor casis serta enjin dipercayai telah diusik.

"Ketiga-tiga suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati salah seorang suspek memiliki rekod lampau bersabit kes dadah.

Katanya, dua suspek berusia lingkungan 20 dan 30-an itu kini telah ditahan reman empat hari sehingga Sabtu manakala pelajar berusia 13 tahun itu diberi jaminan polis.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek lain serta barang kes," katanya.

Artikel Berkaitan: