Kerap bocor, DBKL tamatkan gas berpaip PA Seri Perak

PA Seri Perak (Notis pemakluman berhubung penamatan pembekalan gas berpaip di PA Seri Perak, Kuala Lumpur hari ini.)
PA Seri Perak (Notis pemakluman berhubung penamatan pembekalan gas berpaip di PA Seri Perak, Kuala Lumpur hari ini.)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat keputusan menamatkan pembekalan gas berpaip dari Gas Malaysia Sdn Bhd di Perumahan Awam (PA) Seri Perak bermula 17 September depan.

Menerusi notis makluman hari ini, DBKL memaklumkan penamatan tersebut dibuat atas faktor keselamatan di kawasan tersebut susulan kekerapan berlakunya kebocoran pada paip yang telah usang.

Memetik notis sama, Gas Malaysia Sdn Bhd akan mengeluarkan satu notis penamatan perkhidmatan itu berserta borang tuntutan cagaran dari rumah ke rumah bermula 17 Ogos ini.

"Tindakan penamatan pembekalan ini hanya melibatkan penghuni yang masih aktif menggunakan gas berpaip dari syarikat tersebut.

"Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada syarikat itu yang beralamat di No 20 Jalan Gurney Kuala Lumpur, " menurut notis makluman yang mula diedarkan kepada penghuni PA Seri Perak di sini hari ini.

Notis sama memaklumkan, DBKL tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan tuntutan pemulangan cagaran penghuni terlibat.

Artikel Berkaitan: