Daftar maahad tahfiz mudahkan kerajaan salur peruntukan

Zulkifli (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Maahad Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Lama di Seri Iskandar, Parit hari ini.
Zulkifli (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Maahad Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Lama di Seri Iskandar, Parit hari ini.
A
A
A

PARIT - Langkah mendaftarkan maahad tahfiz di negara ini penting bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan dan peruntukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan lebih mudah disalurkan sekiranya maahad tahfiz berkenaan berdaftar dengan jabatan atau majlis agama Islam negeri masing-masing.

“Saya syorkan semua maahad tahfiz didaftarkan supaya kita dapat maklumat dan kita dapat meletakkan mereka dalam senaraian kita. Sekiranya berdaftar, saluran akan jadi lebih mudah dan terarah kepada sesiapa yang berhak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Yayasan Wakaf Malaysia sebanyak RM25,000 kepada Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Lama, Lambor Kanan, Seri Iskandar di sini hari ini.

Sumbangan berkenaan diberikan berikutan bangunan stor milik maahad tahfiz itu terbakar dalam kejadian Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Maahad tahfiz terbakar, 115 pelajar sempat selamatkan diri

Sementara itu, Zulkifli berkata, kerjasama erat antara agensi yang terlibat dapat membantu menambah baik pusat tahfiz terutama bagi aspek keselamatan bangunan.

“Saya lebih berminat dengan konsep kita sama-sama bantu, bukan daripada satu pihak supaya kita dapat mengagihkan bantuan sebanyak mungkin tempat.

“Kalau melibatkan masalah dan usaha ke arah menambah baik pusat tahfiz, kita akan cuba bekerjasama dengan lebih erat lagi dan cari penyelesaian sebaik mungkin,” katanya.

Artikel Berkaitan: