Wanita kayuh basikal bawa tong gas dalam raga

Aksi wanita ini sempat dirakam pelayar Twitter @bahi_zone dan tular di laman sosial.
Aksi wanita ini sempat dirakam pelayar Twitter @bahi_zone dan tular di laman sosial.
A
A
A

MUAR - Rakaman video menunjukkan wanita membawa tong gas yang diletakkan dalam raga ketika menaiki basikal disifatkan sungguh 'rare' dan dikagumi warganet.

Kejadian tular itu berlaku di Muar sempat dirakam pelayar Twitter @bahi_zone.

Video durasi 19 saat ditonton 95,300 tontonan itu juga mencemaskan berikutan basikal wanita itu dipercayai tidak mempunyai brek dan hampir melanggar sebuah kereta yang melalui jalan di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun wanita berkenaan sempat berhenti menggunakan kaki sebagai brek dan sebaik jalan itu lenggang, dia mengayuh basikal menyeberangi jalan berkenaan.

Wanita itu juga dilihat bersahaja seolah sudah mahir mengayuh basikal dan membawa tong gas di kawasan tersebut.

Menjengah di ruang komen Twitter @bahi_zone, rata-rata warganet geli hati, terhibur malah turut cemas ketika melihat wanita berkenaan teragak-agak semasa melintas jalan raya selepas hampir melanggar kereta berkenaan.

Netizen dikenali @syf, "Masa dia tak berhenti tu dengan dengan aku jerit".

Kata @yana, "Dia punya jerit suruh berhenti itu berdekah betul sampai takut sekali semasa kereta lalu".

Artikel Berkaitan:

Manakala kata @afiq, kejadian seumpama itu sudah menjadi kebiasaan di negeri Sabah apabila melihat wanita dan lelaki memikul tong biru di bahu semasa menaiki gunung Kinabalu.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 6,200 ulang kongsi dan 4,600 tanda suka dari warganet.