Degil punya pasal, semua susah!

Restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu yang menjadi lokasi pertama berlakunya penyebaran Covid-19 bagi Kluster Sivagangga ditutup ketika tinjauan.
Restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu yang menjadi lokasi pertama berlakunya penyebaran Covid-19 bagi Kluster Sivagangga ditutup ketika tinjauan.
A
A
A

KLUSTER Sivagangga terjadi angkara seorang manusia yang degil. Beliau yang baru pulang dari India tidak patuh SOP yang ditetapkan. Akibat tindakan beliau yang tidak bertanggungjawab, ratusan orang terpaksa disaring.

Ini patut jadi pengajaran pada semua. Bukan kedai makan di Napoh sahaja terjejas, tapi seluruh daerah terpaksa dipantau. Setakat ini sudah 21 orang disahkan positif Covid-19. Apa yang berlaku di daerah Kubang Pasu, Kedah itu menunjukkan betapa bahayanya perbuatan tersebut.

Dalam media sosial ada video yang menunjukkan beberapa orang yang secara sengaja melanggar peraturan pakai gelang pink bagi mereka yang jalani kuarantin. Mereka keluar makan bersama orang ramai atau berjalan ke tempat awam seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.

Awang rasa tambah kecewa kerana restoran nasi kandar di Napoh itu tidak ada rekod maklumat pelanggan. Ini menyebabkan kesukaran pihak berwajib mengesan mereka yang pernah ke situ. Sepatutnya sesebuah kedai perlu ada rekod yang betul. Pelanggan pula kena tulis nama, nombor telefon dan maklumat yang betul.

Ada yang tulis nama seperti Zorro atau Superman dengan niat gurauan. Tapi mereka lupa jikalau apa-apa berlaku bagaimana nak mengesan mereka? Bahaya wabak Covid-19 tak boleh dianggap ringan. Walaupun kita dalam proses pemulihan tapi bahaya ancaman penularannya masih besar. Jangan buat main-main.

Artikel Berkaitan: